Apa khabar semua?
Satu makluman, kelas latihan berjalan seperti biasa pada malam ini. DI harapkan semua ahli dapat datang terutamnya bagi kelas potong dan tamat. Harap dapat datang sebab mungkin ini kelas terakhir korang sebelum kita cuti raya dan cuti balik kampung...
Selain itu, tak lupa juga diucapkan kepada anda semua agar dapat menjawab soalan exam yg bakal berlangsung selepas sahaja cuti raya. Harap2 semua member dapat score dengan bergayanya..Jangan jadi Great Britain lagi sudahlah.
Tidak lupa juga kepada semua member. Belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri..Aku pun balik raya. Tarikh dia 21hb nih..tapi kenapalah hati ni meronta2 tak nak balik raya..Mak Abah dah tunggu, tapi aku kat sini melangut tak tentu hala. Apalah yg aku fikir nih, tiket dah beli..semua dah sedia. Tinggal nak balik je..
p/s : Sape2 nak kirim serunding leh kirim kat aku, satu bungkus RM10 aa..
p/s/s : Nak rendang, aku tak janji. Nanti basi..nak lemang, aku bagi resepi korang wat sendiri jelah.
p/s3s : Oklah..aku nak gi ums. Naik bas. Huhu..maklumlah. Aku takde transport..
Friday, October 13, 2006
Wednesday, October 11, 2006
Sekilas pandang Daun Kelapa, Sudah ku tahu MudaTuanya
Hari ini kelas latihan berjalan seperti biasa walaupun hari ini agak merosot sedikit dari segi kehadiran. Maklumlah mungkin disebabkan oleh bulan Puasa ni ramai yg malas sket nk datang kelas atau terikat dgn kelas malam atau juga yg ada sebab yg memang tak dapat tak datang. Itu aku malas sangat nak ambil tahu sebab latihan ini bukan paksaan dan kami yg datang nih pun datang kerana amanah yg telah diberikan. Bukan senang nak jaga amanah. Kalau tiada kekuatan, memang takkan datang punyalah dek kerana sifat malas yg semakin terpekung di dada nih. Kalau nak diceritakan bab2 malas nih, satu tahun punya cerita pun takkan habis. Itu yg aku malas nak cerita bab malas nih. Nantilah aku wat satu post khas untuk sifat Malas ni..tunggu. BIlalah agaknya ye..Tadi lepak kejap dengan kawan kat Aziz..Saje borak2 sembang pasal bisnes. PAsal dunia. PAsal akhirat. Pasal persatuan. Pasal kengkawan. DAn memacam lagilah. Pendek kata banyaklah yg diborakkan. Member yg leh wat ceritalah. Yelah, hidup kat dunia nih tak leh sensorang. Takkan ke mana punya. So, bagi bebudak yg kat luar sana, kawan itu penting. JAngan kerana kawan kita sanggup kehilangan kawan kita yg lain. Hidup berkawan ini mudah. Tapi jangan kita jadikannya begitu kompleks. Made it easy..
Em..kita sentuh sikit hal yg dah terjadi dalam persatuan. Banyak benda yg dah berlaku. Ikutkan aku pun bengang hal ini berlaku. Tapi benda dah berlaku. Perkara macam ini memang akan melibatkan banyak pihak dan perkara. Dan sesungguhnya kita semua tak nak perkara ini berlaku dan mengharapkan satu jalan penyelasaian akan mampu mengubah dan menjawab segala persoalan yg sedang bermain di kepala otak masing2. Semoga ianya dapat selesai dengan jalan yg lebih baik. MAri kita sama2 doakan sempena pada bulan baik ini. Bulan Ramadan, hijap kita dibuka. Doa yg kita minta direct ke Allah. Jika kita bersungguh2, insya-ALlah..Allah akan makbulkan doa dan permintaan kita itu..
Satu lagi hal yg membuatkan aku betu2l sakit jiwa sekrang. sori. AKu lepaskan kat blog ini walaupun aku tidak berminat nak kongsi kat blog ini. Tapi aku perlu luahkan juga sebab dah tertahan nak simpan kat otak nih. Medula oblongata pun dah jammed . Dah hampir 2 bulan aku sengsara dengan masalah yg tak sudah2 menyerang otak ini. Hati pun dah tak larat nak jaga. Jantung plak kuat pulak berdenyut. Ada potensi nak kene heart attack. Setat pulak penyakit2 lama datang balik. Kalau aku pergi bulan Ramadan ni, harap2 ada yg sanggup bacakan surah Al-fatihah untuk aku. Maklumlah, aku tak kawin lagi. So, tak ada anaklah. Kalau ada anak, bolehlah diorang tolong bacakan untuk aku setiap hari..p/s : Hari ini aku merepek lagi daa..
Tuesday, October 10, 2006
Sentuh sikit hal persatuan..
PErsatuan PUNye Hal daa..Ok..sebenarnya blog aku nih aku tak berapa suka menceritakan hal2 persatuan sangat. Aku lebih suka kita berbincang atau berborak. Pendek kata bertukar pendapat memandangkan aku tidak berminat untuk buat website dlm masa terdekat. Kenapa? Jangan tanya. Sebab aku tak ada jawapan yg munasabah untuk jawapan itu. Ok? Please, jangan tanya banyak sangat.
Masuk dalam hal persatuan. aku menerima banyak email yg tak tau dari siapa pengirimnya. Maklumlah asal ada blog ttg silat cekak mesti orang tau. Nasib baik blog aku ini tidak seaktif mereka dan nasib baik gak tak kena hentam cam diorang. Kuss semangat. Ada gak yg bertanyakan aku, ko nih belah mana sebenarnya? Ehm..agak2 korang, aku belah siapa? Cubalah teka..

Ehm..di sini aku letakkan2 link yg boleh korang gi review sendiri isi kandungan blog atau website diorang. Aku malas nak ngomel dan komen apa2. Just find out yourself aa.. Aku tak mau dikatakan pro kanan..cont kiri atau atas pagar..Aku lebih suka berdiam diri. Malas aku nak bagitau aku kat mana..haha..aku lebih suka berfikir..
Macam2 aku dengar. Itulah, inilah. Cukuplah..jenuh dan penat aku dengar. Benda ini takkan habis kalau dipanjangkan. Aku harap ada jalan penyelesaian. Bukan apa, ini melibatkan banyak benda, banyak perkara dan terlalu sukar untuk dikatakan. So, mari kita belajar berfikirlah..hoho..
Ok.. Senarai blog dan website yg ada kaitan dengan silat cekak hanafi dibongkarka. Sila klik dan jangan malu2 untuk comment..
cekakhanafi.com
silatcekakhanafi.org
peneraju.com
www.canang.com
silatcekak.org
cekakums
Senarai blog2 yg tak kurang hebat dan gila sket..
Anti Fitnah
Pak Kaduk Ahli Strategi
Big Body Guy
Pak Pandir Blogspot
guruCH
suwabara
Ok. Cukuplah. Setakat ini saje dulu. Kalau rajin bacelah semua ini. Khususnya untuk ahli silat cekak hanafi seluruh Malaysia.Umumnya kepada semua umat Islam di dunia..
p/s : Apa kata korang dengan blog2 dan web di atas? Banyak info dah dapat ? Atau dah setat pening kepala?
p/s/s : Nantikan review tentang kronologi terbaru. Korang leh dapatkan kronologi terbaru dalam krisis persatuan di sini. Klik kronologi
Monday, October 09, 2006
Ujian Budak Kokum Silat Cekak UMS

Assalamualaikum wahai pembaca sekalian ini..
Em..apa kabar? dah hampir seminggu lebih aku tidak online berikutan masalah streamyx di kawasan rumah aku skrg. Mana tidaknya, hampir seminggu tu. Banyak kerja yg aku hendak buat,. sah2 tak jalan. tapi hendak buat macam mana kan? Benda dah nak jadi. Kerosakan yg berlaku telah pun diibaikpulihkan. Dan aku reda apa yg telah berlaku dan bersyukur akhirnya hari ini bermulalah post untuk berbincang tentang hal silat..
Nak diceritakanlah , ramai yg bertanya pada aku. APa yg bestnya belajar silat ni? Memanglah daoat belajar mempertahankan diri. Bukan buang masa ke ? Kena datang latihan selalu. Kena itu, kena ini. Hah? Ada yuran ? Bukan belajar FREE ke? adeh..adeh !! Jenuh aku nak nerang kat bebudak2 yg bertanya pada aku sendiri apa faedahnya belajar silat ini. Em..nanti aku cadang nak buat satu ebook cerita pasal kebaikan silat2 yg ada di Malaysia ini. Banyak perancangan aku, tapi dalam perancangan..tak kurang juga yg memberi info dan cadangan yg bernas2 belaka.
OKlah. Aku nak berbuka lepas ini. Masak ayam madu malam ni. Aku dah peram semalam. Harap2 sedap la gamaknya. Kecur dah air liur nih..ok. Kat sabah ni, buka puasa kul 6.15 pm. So, mererak2 yg kat tanah besar Semenanjung tahanla lagi sejam ek..tak lama. Kejap je. Dengan kesempatan ini juga, aku nak ucapkan,. selamat berbuka puasa !!
p/s : Hal persatuan nanti aku cerita sedikit apa yg aku faham. Sedikit demi sedikit aku mula tangkap apa yg sedang berlaku. Nanti kita kongsi pendapat masing2..Jenuh gak otak belah kiri nak memahamkan keadaan yg sedang berlaku.
p/s/s : Dan aku baru tahu bahawa Majlis ijazah akan dibekukan buat sementara waktu.
Subscribe to:
Posts (Atom)