Wednesday, October 11, 2006

Sekilas pandang Daun Kelapa, Sudah ku tahu MudaTuanya

Hari ini kelas latihan berjalan seperti biasa walaupun hari ini agak merosot sedikit dari segi kehadiran. Maklumlah mungkin disebabkan oleh bulan Puasa ni ramai yg malas sket nk datang kelas atau terikat dgn kelas malam atau juga yg ada sebab yg memang tak dapat tak datang. Itu aku malas sangat nak ambil tahu sebab latihan ini bukan paksaan dan kami yg datang nih pun datang kerana amanah yg telah diberikan. Bukan senang nak jaga amanah. Kalau tiada kekuatan, memang takkan datang punyalah dek kerana sifat malas yg semakin terpekung di dada nih. Kalau nak diceritakan bab2 malas nih, satu tahun punya cerita pun takkan habis. Itu yg aku malas nak cerita bab malas nih. Nantilah aku wat satu post khas untuk sifat Malas ni..tunggu. BIlalah agaknya ye..

Tadi lepak kejap dengan kawan kat Aziz..Saje borak2 sembang pasal bisnes. PAsal dunia. PAsal akhirat. Pasal persatuan. Pasal kengkawan. DAn memacam lagilah. Pendek kata banyaklah yg diborakkan. Member yg leh wat ceritalah. Yelah, hidup kat dunia nih tak leh sensorang. Takkan ke mana punya. So, bagi bebudak yg kat luar sana, kawan itu penting. JAngan kerana kawan kita sanggup kehilangan kawan kita yg lain. Hidup berkawan ini mudah. Tapi jangan kita jadikannya begitu kompleks. Made it easy..

Em..kita sentuh sikit hal yg dah terjadi dalam persatuan. Banyak benda yg dah berlaku. Ikutkan aku pun bengang hal ini berlaku. Tapi benda dah berlaku. Perkara macam ini memang akan melibatkan banyak pihak dan perkara. Dan sesungguhnya kita semua tak nak perkara ini berlaku dan mengharapkan satu jalan penyelasaian akan mampu mengubah dan menjawab segala persoalan yg sedang bermain di kepala otak masing2. Semoga ianya dapat selesai dengan jalan yg lebih baik. MAri kita sama2 doakan sempena pada bulan baik ini. Bulan Ramadan, hijap kita dibuka. Doa yg kita minta direct ke Allah. Jika kita bersungguh2, insya-ALlah..Allah akan makbulkan doa dan permintaan kita itu..

Satu lagi hal yg membuatkan aku betu2l sakit jiwa sekrang. sori. AKu lepaskan kat blog ini walaupun aku tidak berminat nak kongsi kat blog ini. Tapi aku perlu luahkan juga sebab dah tertahan nak simpan kat otak nih. Medula oblongata pun dah jammed . Dah hampir 2 bulan aku sengsara dengan masalah yg tak sudah2 menyerang otak ini. Hati pun dah tak larat nak jaga. Jantung plak kuat pulak berdenyut. Ada potensi nak kene heart attack. Setat pulak penyakit2 lama datang balik. Kalau aku pergi bulan Ramadan ni, harap2 ada yg sanggup bacakan surah Al-fatihah untuk aku. Maklumlah, aku tak kawin lagi. So, tak ada anaklah. Kalau ada anak, bolehlah diorang tolong bacakan untuk aku setiap hari..

p/s : Hari ini aku merepek lagi daa..

No comments: