Friday, October 13, 2006

Hari Raya dijangka tiba pada..

Apa khabar semua?

Satu makluman, kelas latihan berjalan seperti biasa pada malam ini. DI harapkan semua ahli dapat datang terutamnya bagi kelas potong dan tamat. Harap dapat datang sebab mungkin ini kelas terakhir korang sebelum kita cuti raya dan cuti balik kampung...

Selain itu, tak lupa juga diucapkan kepada anda semua agar dapat menjawab soalan exam yg bakal berlangsung selepas sahaja cuti raya. Harap2 semua member dapat score dengan bergayanya..Jangan jadi Great Britain lagi sudahlah.

Tidak lupa juga kepada semua member. Belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri..Aku pun balik raya. Tarikh dia 21hb nih..tapi kenapalah hati ni meronta2 tak nak balik raya..Mak Abah dah tunggu, tapi aku kat sini melangut tak tentu hala. Apalah yg aku fikir nih, tiket dah beli..semua dah sedia. Tinggal nak balik je..

p/s : Sape2 nak kirim serunding leh kirim kat aku, satu bungkus RM10 aa..

p/s/s : Nak rendang, aku tak janji. Nanti basi..nak lemang, aku bagi resepi korang wat sendiri jelah.

p/s3s : Oklah..aku nak gi ums. Naik bas. Huhu..maklumlah. Aku takde transport..

No comments: