Saturday, October 14, 2006

IF

Assalamualaikum..

Apa Khabar anda sekalian ? Sehat2 belaka? Macam mana hidup korang hari ini? Ada banyak perubahan kepada yg lebih baik? Harap2nya dapat banyak peluang dan kejayaan dalam bulan baik ini.

Dalam meniti hari yg kian mendatang ini, selalu juga kita mengharapkan tuah atau nasib yg mengetuai hari2 kita. Selalu jua kita menganggap takdir itu sebagai satu jalan penyelesaian. Dan acapkali juga kita dengar seseorang akan menyalahkan takdir dalam hidup mereka. Benarkah begitu? Mengapa ini yang kita selalu dengar?

Entahlah, itu yang kita dengar, itu jua yg orang mengeluh. Mengeluh tentang masalah, bercakap tentang permasalahan, mencari masalah dan menegakkan masalah itu sehingga menjadi kronik akhirnya dan akhirnya busuk dihati sehingga orang lain boleh membaunya.

Oklah, malas aku nak berdialog tentang benda-benda gini. Dulu selalu gak aku tulis macam ini, tapi skrg bukan masanya. Malas aku nak berbicara tentang benda2 yg boleh menganggu dan mengumpan hidup aku ke arah yang tidak baik. Yang penting, setiap hari kita mesti maju ke hadapan. Korang macam mana pulak?

Em..malam tadi aku gembira sedikit. Ramai yang turun kelas latihan dan malam semalam merupakan kelas latihan terakhir sebelum kami mula bercuti hari raya dan akan kembali untuk mengepalai exam2 yg membuatkan kepala otak aku pening 360 degree dan kepanasan melampau 7600 faraheit. Dengan kesempatan ini juga aku mengucapkan " Selamat menjawab exam dan semoga semua member dan budak2 UMS yg lain score dengan paper masing2"

Hari ahad ini pelajar kokum yang mengambil kokum silat cekak hanafi akan ada exam final Teori dan praktikal akan diadakan sehari selepas itu. Kalau tak silap akulah, nanti aku update jadual exam diorang kat sini. Yang aku suka, ambilan terbaru kali ini, sama ada budak kokum atau member kelab, mereka rajin datang kelas. Aku respec diorang. Why? Kesungguhan diorang untuk datang kelas bukan calang2..kalau dlu aku tak bape kenal diorang, tapi semalam semua budak2 aku ingat nama dan kenal diorang. Bagus. Bagi diri aku sendiri adalah satu kemajuan besar dalam 2 sem ini sepanjang aku turun kelas di ums.Membantu di situ walaupun aku dah tahun akhir.

Malam tadi aku tidur lambat sikit sebab sibuk mengarang sesuatu. Mengarang apa? Tunggu, ada kerja rahsia sikit sekarang. Tak leh bocorkan dulu. Em..kalau rajin boleh pergi kat blog ini, salah satu blog aku yg aktif. Tekazodiak

Satu lagi blog tentang adsense. Tapi masih tak banyak lagi post dekat blog di wordpress. Aku try untuk cari pengalaman dan kenal sikit2 apa potensi wordpress. Aku suka cara dia. Senang dan simple. Lebih kurang juga cam blogger, tapi setiapnya ada perbezaan dan keistimewaan sendiri. Klik sini : adsenseums

p/s : Pen off.

p/s/s : IF : Jika. Pendekkan tajuk post ini? Tapi memberikan maksud yg mendalam bagi diri aku sendiri. MEngapa? Think about it!

No comments: