Sunday, October 15, 2006

When Somebody Call You PlayGirl

Assalamualaikum dan selamat berbuka puasa kepada muslimin muslimat..

Ok. hari ini kita off topik pasal hal persatuan, hal silat, hal kelab dan yang sama waktu dengannya. Mari kita rileks dengan tulisan saya yg antara terkejam pernah saya tulis. Kita jadikannya sebagai salah satu ilmu tak rasmi pada diri masing2. Bukan niat aku nak tulis bukan2, tapi aku terpanggil untuk tulis benda nih. Ini juga termasuk dalam satu projek besar yg aku sedang rancang sekarang. Projek apa? Tunggu pada post2 keluaran akan datang..

When somebody call you playgirl?

Ok. Apa maksudnya playgirl ini sebenarnya? Kalau kita tanya budak2 sekolah, mesti laju dia dapat jawab. KAlau tanya orang tua, berkerut dahi nak menjawab apa menatang playgirl tu. Apa pulak perbezaan dengan playboy? Cop, bukan majalah playboy tu tau..Amboi, laju je ingat!!

Mengikut definisi yg aku faham, playgirl nih orang perempuan yg keluar dengan ramai orang lelaki. Maksudnya seorang perempuan yang mempunyai beberapa kawan lelaki special. Kejap keluar dengan laki ni, kejap keluar dengan laki sana, kejap kuar dengan doktor, kejap kuar dengan anak Doktor, kejap plak kuar dengan anak Menteri, kejap pulak kuar dengan anak YB, dengan anak penoreh getah pun keluar juga..pende kata, dengan semua orang lelaki yg ada pelbagai jenis dan ragam pun, orang perempuan ni boleh keluar. Satu lagi definisi lain, orang laki yg tak ada perasaan panggil playgirl ni, perempuan pisau cukur. Betul ke? Em..ikut pengalaman aku yg sudah2, memang betul pun. Sama ada secara rasmi atau tak rasmi ataupun secara luaran atau dalaman. Tak kurang juga sama ada orang lain perasan atau tak perasan. Haa, orang perempuan, jangan plak terkesan pulak. Kalau terasa, sori minta maaf. Aku sendiri dah ada pengalaman tu. Teruk gak keluar dengan perempuan cam gini..Padan muka aku!!

Paham dah sikit apa bendanya playgirl? Dan orang perempuan yg ada ciri2 begini, malas aku nak sebut. Korang kena faham sendirilah. Sebab dalam diri perempuan memang ada perkara ini. CUma dia pandai atau tidak control niat dan hati dia. Kalaua nafsu kuat, apa2pun akal dengan hati kata, jangan..jangan..dia buat juga..betul tak? Kalau aku tanya orang laki, semua setuju..Yang tak setuju boleh dikira dengan jari, itupun sebab dia orang tak pernah keluar dengan orang perempuan, tak pernah cakap dengan perempuan. Orang macam ini kita tak leh gak nak persoalkan sangat, dah sifat dia cam gitu..

Kenapa orang laki atau orang perempuan benci sangat dengan budak2 yg ada perangai atau ciri2 playgirl ni? Ok..aku cakaplah juga mengikut pengalaman dan pengalaman bebudak2 rumah aku. Antara ciri2 diorang..

1. Gedik + Manja
2. Dekat dengan kita tiba2. Padahal muka kita memang cam tin coca-cola. Kita pun jadi pelik kalau ada perempuan lawa ke tak lawa datang ngendeng manja2 kat kita..pas wat soal siatat dalaman, barulah tau..
3. muka diorang akan ada masalah.Suka wat muka sedih. Muka nak minta kesina kat orang. Pendek kata, pandai berpura2..lepas dah dapat kesian atau perhatian dari kita, haa..setatlah orang laki sangkut layu..
4. Perempuan yg pandai merajuk..pandai merayu. Plz, berhati2lah lepas ni..hati kita kena tebal sikit banding tembok besar cina tu..(Approve)
5. Budak perempuan yang muka dia perasan lawa walaupun memang betul2 lawa..yang ni perasan bagus sangat la..(Approve)
6. BUdak2 pempuan yg memang cita2 dia nak jadi playgirl. Tang nih, aku tak dapat nak kata apa. Dah itu cita2 diorang..
7. Yang pernah kene tipu dengan lelaki2 jahanam. Dengan bersandarkan pada kenangan itulah, diorang setat pikir nak balas dendam kat orang laki. Tang ni, ramai kawan2 aku cite. Memang betu. (Approve)
7. Dan lain2 lagi..

Nih pulak senarai ciri2 orang lelaki yg bakal jadi mangsa playgirl

1. Anak doktor..(Approve)
2. Dato2...
3. Korang anak pensyarah atau cikgu yg dikenali dekat sekolah korang..(Approve)
4. Korang nampak handsome walaupun tak ada duit nak makan maggi pun..(Approve)
5. bebudak2 MPP atau Exco kelab dan persatuan yang gempak kat kolej atau universiti
6. YDP , NYDP, S/U Agung dan Bendahari kelab dan persatuan. Ini lagi bahaya, ramai betul yang nak ngorat diorang. Maklumlah, pangkat dan kuasa besar tuh..(Sangat Approve)
7. Korang loaded sikit. Pendek kata jenis yg ada duit. Budak bisnes nasi lemak pun laku tau!!
8. Budak2 yg pandai + Genius. Clever gila. Kiranya setiap exam, dapat anugerah dekan jelah..(Approve)
9. Innocent. Budak lelaki jujur. Ramai lagi budak lelaki camni..termasuklah kat tempat aku belajar sekarang..(Approve- universiti tempat aku belajar sendiri)
10. Lelaki2 yg pernah dikecewakan oleh orang perempuan..(Approve)
11. Banyak lagilah..nanti aku tulis lagi..

Ok. Nanti sambung kat post seterusnya. Part 2. Aku nak mandi. Babai..

p/s: Jangan lupa gi kat sini. Blog baru yg aku akan review..

No comments: