Monday, October 09, 2006

Ujian Budak Kokum Silat Cekak UMS


Assalamualaikum wahai pembaca sekalian ini..

Em..apa kabar? dah hampir seminggu lebih aku tidak online berikutan masalah streamyx di kawasan rumah aku skrg. Mana tidaknya, hampir seminggu tu. Banyak kerja yg aku hendak buat,. sah2 tak jalan. tapi hendak buat macam mana kan? Benda dah nak jadi. Kerosakan yg berlaku telah pun diibaikpulihkan. Dan aku reda apa yg telah berlaku dan bersyukur akhirnya hari ini bermulalah post untuk berbincang tentang hal silat..

Nak diceritakanlah , ramai yg bertanya pada aku. APa yg bestnya belajar silat ni? Memanglah daoat belajar mempertahankan diri. Bukan buang masa ke ? Kena datang latihan selalu. Kena itu, kena ini. Hah? Ada yuran ? Bukan belajar FREE ke? adeh..adeh !! Jenuh aku nak nerang kat bebudak2 yg bertanya pada aku sendiri apa faedahnya belajar silat ini. Em..nanti aku cadang nak buat satu ebook cerita pasal kebaikan silat2 yg ada di Malaysia ini. Banyak perancangan aku, tapi dalam perancangan..tak kurang juga yg memberi info dan cadangan yg bernas2 belaka.

OKlah. Aku nak berbuka lepas ini. Masak ayam madu malam ni. Aku dah peram semalam. Harap2 sedap la gamaknya. Kecur dah air liur nih..ok. Kat sabah ni, buka puasa kul 6.15 pm. So, mererak2 yg kat tanah besar Semenanjung tahanla lagi sejam ek..tak lama. Kejap je. Dengan kesempatan ini juga, aku nak ucapkan,. selamat berbuka puasa !!

p/s : Hal persatuan nanti aku cerita sedikit apa yg aku faham. Sedikit demi sedikit aku mula tangkap apa yg sedang berlaku. Nanti kita kongsi pendapat masing2..Jenuh gak otak belah kiri nak memahamkan keadaan yg sedang berlaku.

p/s/s : Dan aku baru tahu bahawa Majlis ijazah akan dibekukan buat sementara waktu.

No comments: