Showing posts with label bengang. Show all posts
Showing posts with label bengang. Show all posts

Wednesday, January 24, 2007

Today or Yesterday


Malam ini ke pagi ini..tak sesuai..

Ok.. Hari ini hari rabu. Orang putih kata today is Wednesday. True or not? Betullah tu, takkan salah pulak. Dengan ini aku nak beritahu bahawa satu hari lagi aku telah lengkah ke hadapan dan tidak mungkin aku akan kembali ke hari sebelumnya. Setiap hari merupakan hari-hari yang baru bagi diriku dan umat di seluruh dunia ini.

Malam tadi aku ponteng kelas silat dekat UMS. Hati aku rasa berat semacam je nak turun kelas malam tadi. AKu tak tahu kenapa, tapi aku rasa aku tak perlu datang untuk malam tadi walaupun perasaan bersalah tu memuncak pada jam 10 malam tadi. AKu tahu, kesian Ainul handle keals sorang-sorang. Aku, piah dengan Din bukannya datang malam ni. Piah ada exam esok, din ada hal. Aku lagilah banyak peel dengan hal-hal yang tak berkaitan dengan dunia persilatan. Oleh itu, aku tak dapat datang atau menghadirkan diri ke stadium pada malam tadi. Maaf kepada sesiapa yang datang pada malam tadi dan aku pula tidak dapat hadir seperti biasa.

Aku janji aku cuba datang hari Jumaat. Aku tahu hari-hari aku di bumi Sabah ini tidak lama, tetapi aku buat perangai jugak. Tidak apalah, aku cuba buat apa yan gaku rasa aku mampu buat. Aku cuba apa yang aku mampu sekarang. Maafkan aku wahai teman. Aku tidak sedaya dan sekuat dlu. Diriku sudah lemah dimakan anai-anai power rangers..

Satu perkara tertanya-tanya pada diri aku. Mengapakah aku berperangai begini? Perangai macam mana? Tanya diri aku sendiri..
Aku pun tak tahu..

So..persoalan yang tak terjawab. So, aku abaikan..

Sudahlah, aku rasa kejap lagi dah masuk waktu untuk aku beradu. Aku terlalu penat untuk meneruskan aktiviti malam aku ni. AKu kena berehat dan aku berharap aku dapat sesuatu pada esok pagi. Doakan aku ek..

PS : PAgi ini sungguh sunyi..

Tuesday, January 23, 2007

Menunggu itu satu kepastian atau kesakitan?

Pagi ini tak ada apa yang penting hendak disampaikan. Sebelum aku masuk tidur atau berpindah ke alam lain, aku ingin menulis kata-kata terakhir dalam blog aku hari ini. Manalah tau masa aku tidur nanti merupakan tidur aku yang terakhir di dunia ini. Aku sedang cuba untuk berubah dan menjadikan kehidupan aku dengan lebih baik dan lebih baik untuk hari-hari yang seterusnya. Walaupun begitum aku sedar hari aku tidak seindah yang diharapkan olehnya. Aku akur dan aku cuba untuk memperbaikinya, dan aku hendak dia tahu apakah yang sedang berlaku dalam diri aku.


Apakah ia tahu siapakah diriku? Apakah ia kenal erti penantian? Apakah itu satu penyiksaan jika kita menunggu sesuatu yang kita idak tahu apa yang kita tunggu? Nanti atau tunggu merupakan perkataan yang begitu menyakitkan hati ini. Perlukah perkataan itu terus hidup dalam jiwa dan kamus hatiku?


Apadah aku merepek tengah pagi ini. Lagi beberapa jam saja lagi aku dan umat lain akan sedar untuk mengorak hari-hari yang seterusnya. Setiap hari, kita mesti teruskan perjuangan kita dan setiap perjuangan itu ada matlamat dan harapan. Begitu juga dengan impian dan cita-cita kita. Tunggukan saja hari itu muncul kembali..Saat dimana engkau kembali dalam hidupku.


Baik..cukupla sampai sini. Nanti aku sambung lagi drama ini untuk kaian..

Sunday, January 21, 2007

Hari ini aku bengang giler


Pernah ke korang kena halau dari rumah sewa? Ataupun rumah sewa yang korang sewa tu menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan lagi dan menyebabkan korang terpaksa berambus juga pada bulan hadapan? Jika ini berlaku macam mana korang hendak selesaikan?

Ok..bukan aku saja-saja nak tulis blog boasan atau aku dah tak ada idea nak buat soalan lain, tapi inilah soalan terbaru yang muncul dalam otak aku yang mampu membuatkan aku berasa tak nak tidur malam-malam gini. Bengang tak sudah-sudah dan menyebabkan aku menyusahkan orang lain jugak .ARgh..bengang tak terkata dan tak tahu apa nak kata.

baru je call kawan aku yang menyebabkan hal ini berlaku. aku tak kesah sangat sanagat kalau benda ini hanya melibatkan aku tetapi benda ini dah melibatkan terlalu ramai orang. Ada 3 orang member aku yang masih study..2 orang yang akan belah bulan 3 ni. Dan ada lagi 3 orang yang sedang bekerja. Ingat senang ke nak cari rumah dalam masa terdekat ni. Sebulan je owner tu bagi..dan ini membuatkan aku bengang gila..

HAmpeh dan perkataan-perkataan yang merapu rapik telah aku cakap tadi dan aku malas nak ulang balik apa-apa yang aku dah cakap. Bengang toksah cakap lah. Memang aku bengang pun..Sudahlah, aku dah bengang gila..

Apa-apahal, aku nak buat kerja sekarang. Ada banyak kerja yang perlu aku lakukan untuk mendapatkan duit dengan secepat mungkin.