Wednesday, January 24, 2007

Today or Yesterday


Malam ini ke pagi ini..tak sesuai..

Ok.. Hari ini hari rabu. Orang putih kata today is Wednesday. True or not? Betullah tu, takkan salah pulak. Dengan ini aku nak beritahu bahawa satu hari lagi aku telah lengkah ke hadapan dan tidak mungkin aku akan kembali ke hari sebelumnya. Setiap hari merupakan hari-hari yang baru bagi diriku dan umat di seluruh dunia ini.

Malam tadi aku ponteng kelas silat dekat UMS. Hati aku rasa berat semacam je nak turun kelas malam tadi. AKu tak tahu kenapa, tapi aku rasa aku tak perlu datang untuk malam tadi walaupun perasaan bersalah tu memuncak pada jam 10 malam tadi. AKu tahu, kesian Ainul handle keals sorang-sorang. Aku, piah dengan Din bukannya datang malam ni. Piah ada exam esok, din ada hal. Aku lagilah banyak peel dengan hal-hal yang tak berkaitan dengan dunia persilatan. Oleh itu, aku tak dapat datang atau menghadirkan diri ke stadium pada malam tadi. Maaf kepada sesiapa yang datang pada malam tadi dan aku pula tidak dapat hadir seperti biasa.

Aku janji aku cuba datang hari Jumaat. Aku tahu hari-hari aku di bumi Sabah ini tidak lama, tetapi aku buat perangai jugak. Tidak apalah, aku cuba buat apa yan gaku rasa aku mampu buat. Aku cuba apa yang aku mampu sekarang. Maafkan aku wahai teman. Aku tidak sedaya dan sekuat dlu. Diriku sudah lemah dimakan anai-anai power rangers..

Satu perkara tertanya-tanya pada diri aku. Mengapakah aku berperangai begini? Perangai macam mana? Tanya diri aku sendiri..
Aku pun tak tahu..

So..persoalan yang tak terjawab. So, aku abaikan..

Sudahlah, aku rasa kejap lagi dah masuk waktu untuk aku beradu. Aku terlalu penat untuk meneruskan aktiviti malam aku ni. AKu kena berehat dan aku berharap aku dapat sesuatu pada esok pagi. Doakan aku ek..

PS : PAgi ini sungguh sunyi..

No comments: