Showing posts with label ptptn. Show all posts
Showing posts with label ptptn. Show all posts

Thursday, August 02, 2007

Erti Kepuasan VS 3 Berita Gembira

Satu perkara yang menjadi kerisauan otak aku sekarang. Erti kepuasan. Pernah tak korang rasa puas setiap hari? Tak pernah bukan? Asyik2 nak itu, nak ini. Kalau ada girl friends, nak kena jaga hati diorang, nak kene itu, nak kene ini. Kalau tak de plak, lain pulak caranya. Dan jika tak cukup duit, maklumla hujung bulan. So, masih rasa tak cukup-cukup duit2 even dah dapat gaji sekalipun. Sudahla tak reti nak belanja kawan, tak reti2 nak bersyukur? Ini tidak, masih lagi merungut tak cukup tak habis-habis. Pendek kata, hendak mencari kepuasan dalam pelbagai aspek memang tak ada titik noktah!

Hari ini apa yang korang buat agaknya? Aku tak buat apa-apa. Selepas pemergian nurul. Hidup agak tak terumbang ambing gak la. CAm kapal terbang rosak pun ada. Biasalah, asik kena tinggal dan hilang aje. Sape2 pun rasa sakit jiwa agaknya. Kalau muat lagi kat Hospital Bahagia, aku rasa aku nak save satu khas untuk aku. Harap-harap tak kronik cam gitu..

Tak banyak yang aku posting hari ini. Selain posting dan buat setting dan coding dekat website dan blog, aku cuma check email dan beberapa website yang patut aku check sahaja. Tak banyak kerja dan hari ini aku lebih banyak tidur banding buat kerja. Kul 2-3 pagi ini saja aku segar bugar cam nak kerja.

Tadi ada beberapa payment kecil masuk. Alhamdulillah. Walaupun takde juta2, tapi lepasla bill streamyx aku bulan ni dengan bulan depan. Bil air bulan lepas aku cover. Asyik2 abah je bayarkan, so bila abah aku gi kursus ni. Aku take over semua bill dan fee. Kopak gak duit. Tapi tak apalah. Bila lagi nak setat kopak duit cam abah dan mak kita dulu kan? Duit PTPTN bulan lepas aku tak bayar lagi. Takpelah..aku bayar sekali dengan bulan nih punye. Masih ada baki lagi untuk aku joli. Hehe..Nak wat apa agaknya. Nantila aku fikir, beli domain lagi ke tak nak..

Oklah. CUkup untuk bebelan hari ini. Esok lusa aku sambung lagi dengan update2 aku cam biasa. Biasakanlah dengan kekerepekan aku macam biasa.

Ps: 3 berita Gembira dari Reviewme.com, Blogsvertise.com dan Zotspot.com. Apa dia? Rahsia..

Friday, July 20, 2007

Earncent.com - Blog Buat Duit

Hari ini tak ada banyak nak diceritakan tentang silat ataupun tips business. Hari ini hari merdeka buat aku. Hari tak bekerja khas untuk diri aku sahaja. Biarlah, takkan hari2 nak kerja jugak kan? Kenalah rehat sket..

Pasni nak gi tabung haji dan uruskan beberapa payment. Nak bayar PTPTN macam biasa dan macam2 bil kene bayar. Ada duit banyak. Tapi kene bayar bil. So, nak wat camana kan? Bayar ajelah..

Jap lagi nak gi solat jumaat. Rasa-rasa korang apa agaknya pengisian khutbah jumaat kali ini? Minggu lepas tentang nasihat dan suruh kita cari kerja yang bermanfaat. Ehm, nanti aku sambung post hari ini. Itupun kalau aku rajin.

Blog aku satu lagi telah siap dibuat dan ada kalanya korang akan perasan post blog dekat sini sama dengan blog baru aku. So, sebab kadang2 aku malas nak buat 2 post yg berlainan. So, aku copy and paste ajelah. Pepaham ajela. Orang dah malas, cengginila..

Nih blog baru aku :Earncent.com

Ok. Nak pi mandi sunat Jumaat. Babai. Salam..

Sunday, July 15, 2007

Apa kaitan Paypal dengan PTPTN aku?

Ok. Apa yang aku hendak cerita petang Ahad ini. Kejap lagi aku nak gi transfer sedikit duit akaun paypal dan akan withdraw jugak sedikit duit dalam akaun e-gold. Hendak buat macam mana, banyak duit nak pakai sementara nak konvo tak lama lagi. Nak tak nak. Terpakse juga withdraw dan exchange dengan exchanger yang boleh dipercayai. Adalah jugak 2,3 orang yang boleh aku percaya walaupun tak 100% kan? Pendek kata, usaha dulu. Gagal ke kene tipu ke, itu belakang cite.

Alhamdulillah, walaupun tak sebanyak mana yang aku dapat dalam beberapa bulan ini. tapi at least aku dapat juga duit dari internet. Walaupun tak mewah cam budak lain. Tapi aku ada cara tersendiri untuk dapatkan duit dari internet. Harap2 dapatlah lagi arinih. Tengah pening nih nak bayar yuran PTPTN gak. RM150 tiap2 bulan aku bayar sekarang. Mungkin next month boleh up bayar RM200..

Aku lepas KPLI 1st TEst aritue. Check internet, sekali abah aku bagitau. Aku lepas dan akan pergi 2nd stage. Maksudnya akan ada interview untuk KPLI ni. Aiseh, camana nih, aku bukan minat sangat nak jadi cikgu ni. Tapi, tak apalah. kita cuba dulu. Mana tau, ada rezeki yang lebih baik di situ.

Hari ini tak ada apa nak cerita apa yang aku buat dengan biz online aku. Lepas posting kat beberapa forum. Aku request payout dan check akaun paypal aku sat. Pastu, aku beli satu domain dan hosting dengan harga Rm50. Tapi aku bayar pakai paypal. So, harga dia 15 usd. Tak sampai 1 jam diorang approved dah. Hari ini jugak rasanya aku leh setting blog baru aku nanti. Domain aku yang satu lagi rasanya tak lama lagi akan expired jugak. Ehm, kene wat sesuatu nih. Kang ilang plak. Dahla site tu banyak traffic. Kene selamatkan jugak nih..Hehe..

Oklah. Tak ada banyak masa dah. Nak mandi sat. Pastu nak gi internet cafe withdraw paypal. Tak leh wat kat rumah. Sebab adik aku pun pakai paypal. Kang abis akaun kitaorang freeze nanti dari paypal. Oklah. Babai..