Satu perkara yang menjadi kerisauan otak aku sekarang. Erti kepuasan. Pernah tak korang rasa puas setiap hari? Tak pernah bukan? Asyik2 nak itu, nak ini. Kalau ada girl friends, nak kena jaga hati diorang, nak kene itu, nak kene ini. Kalau tak de plak, lain pulak caranya. Dan jika tak cukup duit, maklumla hujung bulan. So, masih rasa tak cukup-cukup duit2 even dah dapat gaji sekalipun. Sudahla tak reti nak belanja kawan, tak reti2 nak bersyukur? Ini tidak, masih lagi merungut tak cukup tak habis-habis. Pendek kata, hendak mencari kepuasan dalam pelbagai aspek memang tak ada titik noktah!
Hari ini apa yang korang buat agaknya? Aku tak buat apa-apa. Selepas pemergian nurul. Hidup agak tak terumbang ambing gak la. CAm kapal terbang rosak pun ada. Biasalah, asik kena tinggal dan hilang aje. Sape2 pun rasa sakit jiwa agaknya. Kalau muat lagi kat Hospital Bahagia, aku rasa aku nak save satu khas untuk aku. Harap-harap tak kronik cam gitu..
Tak banyak yang aku posting hari ini. Selain posting dan buat setting dan coding dekat website dan blog, aku cuma check email dan beberapa website yang patut aku check sahaja. Tak banyak kerja dan hari ini aku lebih banyak tidur banding buat kerja. Kul 2-3 pagi ini saja aku segar bugar cam nak kerja.
Tadi ada beberapa payment kecil masuk. Alhamdulillah. Walaupun takde juta2, tapi lepasla bill streamyx aku bulan ni dengan bulan depan. Bil air bulan lepas aku cover. Asyik2 abah je bayarkan, so bila abah aku gi kursus ni. Aku take over semua bill dan fee. Kopak gak duit. Tapi tak apalah. Bila lagi nak setat kopak duit cam abah dan mak kita dulu kan? Duit PTPTN bulan lepas aku tak bayar lagi. Takpelah..aku bayar sekali dengan bulan nih punye. Masih ada baki lagi untuk aku joli. Hehe..Nak wat apa agaknya. Nantila aku fikir, beli domain lagi ke tak nak..
Oklah. CUkup untuk bebelan hari ini. Esok lusa aku sambung lagi dengan update2 aku cam biasa. Biasakanlah dengan kekerepekan aku macam biasa.
Ps: 3 berita Gembira dari Reviewme.com, Blogsvertise.com dan Zotspot.com. Apa dia? Rahsia..
1 comment:
La. Komen pun cepat kawin ke? EHm, itu ke erti kepuasan? Bagi sya, macam2 erti kepuasan. Nak beli itu, nak beli ini..takde yang nak belikan. Abg takde nak belanje cam biasa..
Post a Comment