Sunday, July 15, 2007

Apa kaitan Paypal dengan PTPTN aku?

Ok. Apa yang aku hendak cerita petang Ahad ini. Kejap lagi aku nak gi transfer sedikit duit akaun paypal dan akan withdraw jugak sedikit duit dalam akaun e-gold. Hendak buat macam mana, banyak duit nak pakai sementara nak konvo tak lama lagi. Nak tak nak. Terpakse juga withdraw dan exchange dengan exchanger yang boleh dipercayai. Adalah jugak 2,3 orang yang boleh aku percaya walaupun tak 100% kan? Pendek kata, usaha dulu. Gagal ke kene tipu ke, itu belakang cite.

Alhamdulillah, walaupun tak sebanyak mana yang aku dapat dalam beberapa bulan ini. tapi at least aku dapat juga duit dari internet. Walaupun tak mewah cam budak lain. Tapi aku ada cara tersendiri untuk dapatkan duit dari internet. Harap2 dapatlah lagi arinih. Tengah pening nih nak bayar yuran PTPTN gak. RM150 tiap2 bulan aku bayar sekarang. Mungkin next month boleh up bayar RM200..

Aku lepas KPLI 1st TEst aritue. Check internet, sekali abah aku bagitau. Aku lepas dan akan pergi 2nd stage. Maksudnya akan ada interview untuk KPLI ni. Aiseh, camana nih, aku bukan minat sangat nak jadi cikgu ni. Tapi, tak apalah. kita cuba dulu. Mana tau, ada rezeki yang lebih baik di situ.

Hari ini tak ada apa nak cerita apa yang aku buat dengan biz online aku. Lepas posting kat beberapa forum. Aku request payout dan check akaun paypal aku sat. Pastu, aku beli satu domain dan hosting dengan harga Rm50. Tapi aku bayar pakai paypal. So, harga dia 15 usd. Tak sampai 1 jam diorang approved dah. Hari ini jugak rasanya aku leh setting blog baru aku nanti. Domain aku yang satu lagi rasanya tak lama lagi akan expired jugak. Ehm, kene wat sesuatu nih. Kang ilang plak. Dahla site tu banyak traffic. Kene selamatkan jugak nih..Hehe..

Oklah. Tak ada banyak masa dah. Nak mandi sat. Pastu nak gi internet cafe withdraw paypal. Tak leh wat kat rumah. Sebab adik aku pun pakai paypal. Kang abis akaun kitaorang freeze nanti dari paypal. Oklah. Babai..

1 comment:

forumer said...

Salaaam

Huhu bagus2 , semua dapat lah withdraw tuu dan semoga tetiba je ada duit setambun dalam Paypal ntah dari mana hehe

Weei, bila mau belanja aku daaaa??

;)