Friday, August 10, 2007

Pulangnya Seorang IM Banting !

Best tak tajuk aku hari ini. Maaf. Tak ada post dalam english hari ini. Tak ada mood nak asah english aku hari ini. Tapi aku akan cuba lain kali. Ok. Aku baru pulang ni sebenarnya. Penat tak habis lagi. baru balik dari H.. Hah, jawab sendiri aku pulang dari mana. Lega, senang sikit aku nak wat keje dan bebas jugaklah kiranya. Aku susah nak jawab kalau orang tanya aku. Nak tau, siasat sendiri la..

Dan betapa penatnya aku hari ini, Allah aje yang tahu. Balik, terus amik cermin mata yang baru aku beli semalam. Hoho, pie. aku pakai spek mata baru. Jangan jeles yek. Hehe. Aku tahu ko jeles punya. Dan satu perkara dalam ingatan aku sekarang ini. Riko..

Apa-apapun. Hidup mesti diteruskan. Kerja-kerja yang dah terbengkalai itu sepatutnya aku terus buat dari hari ke hari. Moga2 dapat pulangan yang bagus macam bulan lepas. Tak dinafikan dalam 3 bulan ini income aku agak puas hati. Cuma bulan ini agak merosot disebabkan masalah kesihatan dan beberapa masalah peribadi yang tak tutup2 kes lagi. Kes dekat UMS tak setel lagi, kes budak2 hutang tak bayar lagi, kes list senarai konvo pun tak setel lagi. Berapa kali da mau meeting senat ni..

Aku dapat offer job mudah hari ini. Aku akan cuba buat esok pagi. Sekarang tengah sibuk tengok video youtube. Nanti aku share dengan korang video tu. Hehe..

Meh tengok sama-sama



Untuk kepuasan. Sila klik butang play. Dan bila nampak warna merah tu dah jalan. Korang pause balik. Bila kaler merah dah sampai habis. Play balik. Kalau pakai streamyx. Tak ada hal punye..

Ps: CUkuplah. Dapat beberapa payment kecil dekat e-gold. Alhamdulillah. Sape nak bagi kan?

No comments: