Wednesday, January 17, 2007

Tulang Belakang aku sakit


Hari ini aku tak buat apa-apa. Aku rasa sakit je macam biasa. Tambah pulak semalam beriadah sket tengah malam dan ini membuatkan aku rasa badan aku mengalami perubahan fizikal dan radiasi yang berlaku menyebabka signaps dan neuron2 bergerak pantas. Ini membuatkan badan aku terasa amat sakit dan sakit..bengkak tulang belakang aku dibuatnya..

Okla. Tak ada apa sebenarnya aku nak cakap, cuma mencukupkan syarat je. aku ada 8 blog kene updated setiap hari dan ini sudah membuatkian aku pening dan ada banyak akaun yang perlu dijaga dan dipantau selalu.

Korang mahu tak hidup korang senang? Tak perlu bersusah payah bekerja tetapi mempunyai income yang besar, mampu memiliki rumah yang mewah, memiliki dua tiga bijik kereta, motosikal berkuasa tinggi dan mempunyai isteri yang cintakan korang?

Rasa-rasanya ramai yang mempunyai impian sebegitu bukan? So, pokoknya dari sekarang kita kena usaha. Tak semua benda kita boleh dapat dengan mudah dan tak semudah itu juga untuk kita hidup senang. Ada satu cara nak jadi senang dan kaya dengan secepat mungkin. Macam mana cara tu?

Engkorang kawin dengan orang yang Kaya lah..

Kalau nak bagi contoh, dah terlalu banyaklah aku nak cakap, itu sajalah cadangan aku yang aku rasa begitu bernas. Kalau si laki miskin, gi lah ngorat anak perempuan orang kaya, dan jika si perempuan tu bijak, dia akan cari orang kaya. Mesti diorang nak hidup diorang senang kan? Sekarang macam dah susah nak cari pempuan yang tak mata duitan. Jika mereka yang berkahwin atas dasar cinta, aku rasa lebih ramai yang berkahwin sebab harta..sekarang bukan zaman hitam putih, sekarang zaman kaler, zaman 4G. Dan tak mustahil kita akan dibayar untuk berkahwin. Percaya atau tak?

Aku nak mandi. Pastu nak masak dan minum air teh petang2 camni. Laparnya..

PS : aku nak buat cekodok bawang. korang nak tak?

No comments: