Sunday, September 17, 2006

Persembahan Wajadiri peringkat Sabah

Apa kabar semua? AKu baru saja bangun tidur ni. Penat yg sangat2 sejak pukul 11 pagi tadi. Persembahana wajadiri peringkat sabah sempena hari jadi TYT telah mendapat sambutan hangat pagi tadi. Sebanyak 10 wajadiri campur dengan 2 pasukan jemputan iaitu Polis dan Askar dari kem Lok kawi telah menonjolkan persembahan yg hebat dengan persembahan masing-masing.Kesemua peserta Wajadiri berkumpul di Padang Merdeka tepat jam 7 pagi untuk persiapan majlis agar berjalan dengan lancar.

Majlis ini bermula pada pukul 8.30 am sejurus sahaja tuan yang terutama tiba. Nyanyian lagu negaraku dan lagu sabah juga disertai dengan bacaaan doa turut menyerikan majlis walaupun hari sudah kian memuncak panas. Selepas ucapan penganjur dan pengarah Belia dan Sukan cawangan Sabah telah menghangatkan lagi majlis. Tepat jam 9.15 pagi, acara yang ditunggu-tunggu, persembahan demo 12 wajadiri dimulakan. Ini merupakan senarai wajadiri yang terlibat. Kalau tidak silaplah..

Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi cawangan Sabah
Persatuan Silat Sendeng
Persatuan Silat Gayung Fatani
Persatuan Taekwando GTF
Persatuan Silamban Sabah
Tai chi
Wushu
Karate Polis
Shir you

dua lagi pasukan jemputan

Polis
Askar rejimen dari Kem Lok kawi

Majlis tamat dalam lingkungan pukul 11 pagi. Kebanyakan ahli atau member silat datang untuk memeriahkan majlis. Tidak dinafikan majlis sebegini sangat bagus untuk semua pihak demi kebaikan kelab dan persatuan secara keseluruhan.

Kelab Silat Cekak Ustaz Hanafi
UMS juga turut menyumbang tenaga dalam skuad demo setelah 2 minggu berlatih bersama2 dengan kelab dari Uitm Kota Kinabalu, SMK All Saint Kota KInbalu dan SMk Teknik Kota Kinbalu. Tahniah kepada semua yang terlibat dan kesungguhan anda semua dalam training dan komitmen yang telah diberikan.

p/s : This news are updated today by Kelab Silat Cekak Hanafi UMS.

No comments: