Tuesday, September 19, 2006

Last Capoera

Aku akan lebih banyak bercakap dalam bahasa melayu sekarang. kenapa? Truely, aku agak busy sedikit. Itu aje alasan yang ko gunakan. Tak ada alasan yang lebih logik lagi ke.

Dalam beberapa hari ini aku dilanda masalah. Walaupun deman dengan batuk aku kian pulih tapi aku still rasa kurang sesuatu. Ada banyak perkara yang bermain di otak kiri aku ni. Macam ada benda nak meletup , macam ada benda yg terpendam untuk diluahkan. Mungkin aku tahu apa bendanya dan kenapa ia jadi begitu. Tapi aku malas nak layan. Let it be what it want to be..Sebetulnya aku cuba mengelak. Tapi jika ianya benar2 terjadi aku hanya mampu pasrah. Menangis air mata darah sekali pun takkan dapat buat ianya kembali ke waktu dulu. "Apa aku merepek lagi ni !!" Sori, emosional sikit post kali ini..

Ehm..aku nak ceritakan satu daripada martial arts di dunia yg aku minat. Korang semua tau Capoera? Martial art yg agak sama macam budak2 hip hop sekarang buat. Nak kata sama tak taulah, tapi aku lihat ada banyak persamaan dari segi gaya dan skill yg diorang buat. Nanti aku hantar satu video pasal capoera. Aku suka cara tendangan dia. Mahu juga aku belajar sedikit tentang Capoera. Tapi banyak masa yang tidak mengizinkan. Sangat-sangat hendak belajar. Jika ada keluangan. Oh ya, Capoera sebenarnya berasal dari Brazil. Tak tahu betul ke tak. Tapi rata2 mereka semua cakap dari sana. Selalunya self-defense ini dipelajari oleh golongan hamba2 abdi sebelum Brazil mendapat kemerdekaan. Mereka menentang penjajah dengan art ini. Namun, skrg martial arts ini berkembang sehingga ke serata dunia. Hinggalah sampai ke Malaysia dan Indonesia. Banyak yg bercakap tentang arts ini. Dan tidak kurang juga yang tidak suka dengan seni ini. Biarlah, setiap orang ada pandangan masing2.

Baik dalam bulan September ini kita akan lebih banyak berbincangkan tentang self defense. Ini merupakan perancagan baru aku. Aku akan buat banyak research dan mengkaji seni mempertahankan seni di seluruh dunia. Kita kupas satu-satu seni yang menarik perhatian orang macam aku ini. Tidak aku nafikan bahawa topik seni mempertahankan diri ini amat menarik. Dan takkan ketinggalan zaman.

p/s : Nantikan post seterusnya, silat melayu makin tenggelam. Benarkah ?

No comments: