Al-fatihah. Itupun kalau korang baca blog aku ni..
Korang percaya tak Nurul baru je berusia 12 tahun? Dan bakal berumur 13 tahun pada penghujung akhir tahun ini? Serius aku tak sangka. Lepas Nurul wish birthday aku yang ke 23 pada hari sabtu yang lepas. Pagi Isnin aku terima berita yang kurang enak. Mak Nurul call aku dan aku tahu berita sedih itu. Sedih sangat tak adalah. Sebab dia bukan ahli keluarga aku. Tapi aku sedih sebab aku tak sempat jumpa dia buat kali terakhir. Semalam jugaklah dia dikebumikan dan aku tak dapat hadir sebab aku tak tahu alamat diorang. Dan aku agak sibuk sedikit kebelakangan ni dan ada orang yang perlu aku jaga jugak. So, My Mum is priority one. Hope Nurul bersama di kalangan golongan-golongan yang diredai.
Aktiviti aku tergendala dalam 2,3 hari ini. Tak banyak yang dapat aku buat. Posting dekat forum pun macam nak tak nak. Banyak kerja yang aku tolak dan cuma terima yang mahal-mahal aje. Maklumlah, sibuk dan otak tengah sakit. Lum campur sakit lain. So, aku rasa 2,3 hari ini tempoh 'bertenang' buat diri dan jasad aku. So, rehatla. Makan mangga muda banyak-banyak. Teringat aku masa gi pulau sama Bob dulu..
Tak ada banyak benda nak cerita. Sayangnya. Aku tak penah amik gambar dengan adik Nurul. Aku kenal dia pun tahun ini. Itupun tak sengaja sebab dia langgar aku masa naik tangga. Habis air yang aku beli tumpah..Tak apalah. Aku tetap sayang budak yang berusia 12 tahun ni. Sebab aku tak ada adik kecik macam ini. Yang lain semua dah besar gajah. So, sape yang ada adik kecik2 macam ini. Sayangila mereka sebelum korang tinggalkan dunia..
Aku akan gi hospital tak lama lagi. Bila, aku tak nak bagitahu. Bob dan Pie. Pepandaila korang cari aku nanti. Kalau aku online, buzz aku. Kalau tak, pepandaila cari aku. Kalau betul2 minat dengan investment tu, aku ok jek !!
Oklah. Masa untuk tidur. Esok nak gi hantar mak aku gi sekolah macam biasa. Kul 3-4 pagi nanti aku kena bangun. Nak setup blog dan website baru. Ok? Ok..
Ps: Sakitnya hati bila kena marah dengan N..
2 comments:
Salam takziah buat saudara dan kita sama2 sedekahkan AL FATIHAH buat arwah adik NURUL.Semoga ditempatkan di kalangan org yg beriman..AMIN
takziah untuk nurul sekeluarga.
Post a Comment