Wednesday, July 25, 2007

Macam Mana Nak Dapat RM148 sehari?

Dalam masa dua hari. Aku dapat lebih RM300 dalam akaun maybank aku. Haha, kerja susah nak mampus. Tapi dapat income ciput. tak apalah. Sape nak bagi kan? So, harap2 lepas nih Boleh la dapat income lebih..

Tak ada banyak yang hendak diceritakan. KLPI 2nd stage akan mula 16 Ogos ni dan aku salah seorang calon yang layak untuk merebut kerusi2 kosong dalam profession Guru. Aku rasa aku layak jadi guru. Masalahnya..aku bukan minat sangat nak jadi Guru atau Geologist. Dan mungkin dah ditakdirakn huruf G itu keramat bagi aku. Baik Guru atau Geologist..mana satu aku nak pilih. Kerja dan ada. Tapi masih memilih. Itulah orang sekarang. tak pernahnya puas hati..

Buat kerja kat rumah pun leh dapat ratus ribu apa. Alhamdulilah. Hutang UMS dan setel. Hutan PTPTN lagi 8ribu lebih je..Nasib aku dapat separuh je. Tiap2 bulan kene bayarlah RM100 atau RM200. Tengok untungla..Berkat kerja2 sambulan yang boleh membuatkan aku sakit kanser darah nih..Mana taknya, kerja tak ikut waktu..Ikut suka aku nak kerja..Ahh, janji duit masuk. Janji langsai hutang. Sudah..hutang si Ajib sama Ganesan je tak setel lagi. Masa konvo nanti pepandai diorang la cari aku..

Sekarang nih aku jadi blogger dan freelancer sebagai part time. Memang sakit. Tapi aku minat dan mampu memberikan pulangan yg lumayan berbanding kerja G tu. Tapi abah aku cakap, ko boleh buat keje2 camni. Tapi ko mesti ada keje tetap. Bila aku pikir balik. Ada baiknya..Maksudnya, income aku bertambah !! Yelah, kita dok rumah, tapi ada duit. Tak nampak pun kita kuar keje pagi2. Makcik jual nasi lemak selalu gak tanya. " Ko tak keje ke pagi nih?" aku jawabla balik." Saya kerje shif malam hari ni makcik..Hehe.." Senyum je. Mesti dia ingat aku keje kilang besi mana agaknya..

Update Duit Maybank aku:

Lusa masuk RM210 dalam akaun Public Bank aku
Semalam masuk RM207 dalam akaun maybank aku.
Hari ini masuk RM148 dalam akaun maybank aku
Pagi tadi masuk 2.5 USD dalam akaun Paypal aku..
1 Jam yang lepas masuk 10 USD dalam akaun E-gold aku..

Ps: Pendek kata. Hari2 dapat 0.01 USD. Insya-Allah. Bolehla. Sape nak bagi kan?

Pss: kadar tukaran 1 USD = RM3 buat masa ini. Tak kira E-gold atau Paypal..

Lawati blog aku yang buat duit untuk aku : www.Earncent.com

Credit : Blog friedster aku..

No comments: