Tuesday, January 02, 2007

Slow Connection + Bengang


Tak banyak aku nak cerita kat sini. CUma nak melayangkan sedikit kata-kata yang tidak berapa ngam dengan keadaan yang menimpa di dunia internet. Terlalu banyak perkara yang kita tidak tahu dan tidak mahir tentang dunia IT ini apatah lagi dunia teknologi yang semakin maju dan semakin menyebabkan kita alpa di dunia. Haha..dan tidak marah korang aku menyatakan tanpa internet dunia sekarang menjadi lebih mudah dan menyusahkan sedikit sebanyak makhluk di dunia inii. Tidak ragu juga aku menyatakan bahawa dunia ini menyebabkan aku sedikit alpa dan kecewa dengan perkara yang sedang berlaku sama ada berlaku disebabkan oleh aku sendiri dan persekitaran yang memaksa kita berusaha untuk menyeksakan diri kita sendiri..Tak tahulah. POkoknya kita kena mencuba..

Dan aku sekarang ada roomate baru dan berpindah ke bilik baru. Insya-Allah aku mungkin hanya 2 bulan lagi saja di bumi Sabah ini sebelum aku berambus ke bumi Banting. Dan aku cuba setelkan apa-apa yang patut...aku malas ada lagi masalah yang menyesalkan aku di kemudian hari. Hidup ini penuh seksa dan penuh dengan kemajuan yg menyusahkan kita. Tapi, trust me, it make myself to move..

Hijrah itu penting bagi aku..

No comments: