Ini cuma laporan dari artikel asal aku di Earncent.com
Ok. Aku sentuh 2-3 perkara lagi tentang perkhidmatan di internet ini.
Pukul rata, ramai yang tahu tentang service buat blog atau buat website. Itu termasuklah sekali kos beli domain dan hosting. Di sini korang kene bijak sikit. Biasakan masuk kos harga domain dan hosting dan kos upah. Jika boleh bagitau customer harga yang korang tawarkan siap detailsnya sekali. Kadang2 ada customer yang tak kesah, janji website diorang siap dan nampak menarik. Jika perlu khidmat designer, pakai je. Kene bayar, bayar je. Janji customer puas hati. Biasanya duit bukan masalah bagi diorang.
Pastikan juga jangan wat janji tebu. Kalau service dalam 24-48 hours. Buat secepat mungkin. Jangan tangguhkan lama-lama. Kekadang, ramai orang lupa sikit benda-benda gini.
Korang pernah buat service yang orang lain tak buat? Ok. Antara contoh service yang unik aku buat tapi tak ramai orang buat. Contohnya macam service pengaktifan akaun paypal menggunakan Virtual Credit Card (VCC). AKu pasti tak ramai IM Local yang buat service ini. Lebih2 lagi service yang aku tawarkan dalam tempoh 24-48 jam. Rata-rata ramai yang puas hati. Sebab kalau aku ada masalah, aku bagitau diorang awal2 dan bagitau perkara sebenar. Jangan tipu. Tapi berikan penjelasan yang sewajarnya. Satu lagi, berikan sedikit info. Macam apa yang aku buat sekarang. Aku buka thread di Forum WangCyber dan 70% aku dapat pelanggan dari sana. Leh usha kat sini jika ada antara korang nak pakai Service Mengaktifkan akaun paypal menggunakan VCC.
Khidmat Nasihat dan Kelas buat duit di YM. Ini antara cara yang semakin famous sekarang dan ramai orang buat service ini. Walaupun kadang2 aku rasa macam banyak yang tak kena tentang service ini. Tapi aku nasihatkan korang fikir 2-3 kali sebelum mengambil service ini. Totally, hanya 50% saja yang akan berjaya membuat apa yang korang dapat dari kelas di YM. Dan mostly ramai yang tak berapa pandai untuk teruskan apa yang diorang mahu. Kadang2 malu nak bertanya. Korang dah bayar service ni, so tanyalah puas2 sampai korang faham. Kalau nak buat blog, tanya dia betul2 dan korang mesti dapat buat blog dalam tempoh 1-2 hari sahaja. Tak susah buat blog, kalau faham. Tak sampai 1 minit dah boleh buat blog baru..
Pukul rata. Fikir jugak sebelum korang amik sesuatu service. Berbaloi atau tak. Jika korang rasa perlu sangat. Ambil lah dan jangan lupa praktikkan. Ilmu yang tak diamalkan, tak guna 1 sen pun. Korang pun leh lihat apa yang Zul cakap kat blog dia hari ini. Banyak info berguna pasal perkhidmatan ini. Perkhidmatan tak semestinya pasal business sahaja. Kadang-kadang khidmat nasihat tentang komputer, design, isi borang dan macam-macam lagi boleh dibuat. Pokoknya, ada duit. Semua leh jadi..
Kadang-kadang khidmat nasihat atau service ini bukan sahaja melalui YM atau Email Sahaja. Korang boleh buat melalui E-book. Sekarang ramai yang buat panduan e-book untuk macam2 benda. Buat duitlah, buat designlah, buat itu ini dan bermacam lagi. Contohnya macam Sham Rajaadsense yang buat satu panduan Social Marketing. Korang boleh download panduan dalam bentuk e-book itu di blog sham. Aku dah baca panduan tu, memang berguna. Bagi newbie, bacalah walaupun aku pasti ramai yang tak berapa faham.
Cukup jelah info tentang perkhidmatan hari ini. Banyak aku nak cerita, tapi aku kena hantar mak aku gi pasar dan hantar akak aku gi wat gambar passport. Dan aku nafikan aku agak sibuk sikit 2-3 hari ini. Kalau aku lambat buat service aku, harap diampunkan. Aku cuma insan biasa yang cuba menjadi insan luar biasa..
Dengan ini terjawab mengapa, Service adalah income aku no. 2 yang tertinggi dalam bermacam-macam cara aku buat duit dari internet. Kalau aku boleh, korang pun boleh apa..
Ps: Dapatkan report sepenuhnya di Blog baru aku ni. Earcent - Blog buat Duit di Bumi
Thursday, December 27, 2007
How we can earn from Service ?
Labels:
buat duit,
e-gold paypal,
earncent.com,
free service,
make money,
vcc
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment